• IMG_7241
1

[SELLER ONLY] Keluaran September

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | Ink Loaf
Secure payments

Tajuk : Kerana Aku Bukan Pilihan

Penulis : Syaf Asriqa

ISBN : 978-629-98886-3-5

Harga : RM40


Blurb:

Jodoh dan ajal merupakan lukisan takdir buat setiap hambaNya. Di saat Uthman Firdaus kehilangan bidadarinya yang berjuang melahirkan tanda cinta mereka, Nailah Jannah pula diberikan nafas baharu tatkala Allah memberikan peluang kedua kepadanya untuk meneruskan hidup.

Lima tahun berlalu, majlis ulang tahun kelahiran si kembar tanda cinta Uthman dan Hikmah telah menjadi titik pertemuan dua insan sehingga membibitkan perkenalan di antara mereka. Pada awal pertemuan saja Uthman sudah tertarik dengan peribadi Nailah yang begitu akrab dengan anak-anaknya.

“Aku percaya kau boleh jaga anak-anak aku bila aku bekerja nanti.” - Uthman

“Awak kerja apa sebenarnya sampai berbulan tak balik?” - Nailah

“Nelayan.” - Uthman

Setiap kali Uthman menitipkan Qaisah dan Qailah di bawah jagaannya, Nailah sering tertanya tentang Uthman. Bahkan, sikap penyayang si ayah tunggal membuatkan jantung Nailah sering berdegup kencang tanpa alasan yang kukuh. Seakan, ada isyarat istimewa tentang Uthman dalam diri Nailah.

Hingga suatu saat… sang jejaka mulakan langkahnya…

“Sekali aku lafazkan aku terima nikahnya… aku bersumpah yang aku akan selalu melindungi dan membahagiakan kau hingga akhir hayat aku.” - Uthman

Sesungguhnya, Uthman tulus dengan niatnya menikahi Nailah. Dia mengalah dengan kehendak hati demi kebahagiaan zuriatnya meskipun tiada cinta buat si gadis. Tapi, apalah ertinya sebuah perkahwinan jika hanya Nailah yang berjuang demi mahligainya bersama Uthman? Hakikatnya, dia bukanlah pilihan hati suami yang mula bertakhta di ruang hatinya.

“Keterlaluankah kalau saya nak awak cintakan saya? Walau hanya sedikit cuma?” - Nailah

Permintaan Nailah membuatkan Uthman seakan terperangkap dengan niatnya sendiri. Namun, ruang hatinya juga bisa berbolak-balik dengan setiap perjuangan cinta Nailah buatnya. Lantas, bisakah Uthman membuka cinta baharu buat Nailah demi kebahagiaan mereka?


Tajuk : Zeanissa

Penulis : Emmiyya

ISBN : 978-629-98886-4-2

Harga : RM40


Blurb:

Reality Show?

Hati Zeanissa mendongkol geram apabila mendapat tahu cadangan Tengku Fatma menjadikan dia sebagai personal branding Kota Pualam tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Sudah puas mengelak, tetapi akhirnya dia terpaksa akur atas arahan bapanya, Tan Sri Aziz.

Dan hatinya semakin panas apabila bertemu empat mata dengan direktor program, Eldar Haiyan si perengus yang menentang egonya. Tidak pernah lagi ada manusia yang keras melawan kata-katanya selama ini.

“Since you’re not happy, dan tak boleh berurusan dengan saya, apa kata kita batalkan sahaja. Boleh awak terangkan pada Tan Sri Aziz? I would love to see how you do it... " - Zeanissa

“Tapi setahu saya rancangan ini sudah dipersetujui oleh Tan Sri Aziz. Kalau mahu saya mengalah dan tarik balik persetujuan untuk rancangan ini, sorry… I’m not going to.” - Eldar Haiyan

Zeanissa si diva, dan Eldar yang bengis.

Melalui rancangan realiti ini, Eldar tahu bahawa ada sesuatu yang Zeanissa sorokkan. Dan keinginannya yang mahu melindungi Zeanissa semakin memuncak apabila dia mengenali tunangan Zeanissa, Amri Amrullah.

Dia pasti, Zeanissa dan dia sependapat; mereka membenci orang yang sama.

“Little Jea... I have one crazy idea… ” - Eldar Haiyan

Apa sebenarnya yang Zeanissa sorokkan selama ini? Dan setujukah Zeanissa dengan idea gila Eldar itu?