Kairos - Takhta Milik Aku & Kairos - Takdir Milik-Nya
- Regular price
 - RM 38.00
 - Sale price
 - RM 38.00
 - Regular price
 - 
        
RM 0.00 
Share
Blurb Kairos Jilid 1: Takhta Milik Aku
Tuanku Arzel, digelar Kairos—Jeneral Agung yang dingin, tajam dan digeruni musuh. Namun jauh di sudut hati, persoalan tentang ajaran Dewi Athenna mula merobek jiwanya. Keraguan itu bukan sekadar mencabar kepercayaannya, tetapi juga menggoncang kedudukannya di istana.
Pertemuan dengan Azara, gadis marhaen yang berani dan penuh rahsia, memberi kehangatan yang tidak pernah dirasai. Tetapi ketika takhta tiba-tiba beralih ke tangannya selepas kemangkatan Raja Raphello, Tuanku Arzel berdepan pertarungan yang lebih berat daripada peperangan; antara akur dengan tradisi atau mencari kebenaran tentang Tuhan yang sebenar.
“Aku harap aku boleh memeluk ajaran itu tanpa nyawa aku diancam.”—Tuanku Arzel
‘Semoga aku juga boleh ada bersama-sama dengan kau waktu itu … Kai.’—Azara
Apabila identiti Tuanku Arzel terbongkar, Azara terhimpit dalam dilema—mampukah hubungan seorang rakyat bawahan bertahan di sisi pewaris takhta Adoria?
Sedang pemberontakan mula menggugat empayar, mampukah seorang raja memilih jiwa dan kebenaran, tanpa mengorbankan takhta?
Blurb Kairos Jilid 2: Takdir Milik-Nya
Takhta yang pernah digalas Tuanku Arzel akhirnya dipulangkan kepada pewaris yang sebenar, namun ternyata keputusan yang diambil itu bakal menghancurkan segala-galanya di depan mata. Rahsia, fitnah dan pengkhianatan mula menjerat—hingga pilihan antara maruah, cinta dan nyawa tidak lagi mampu dielak.
Saat dirinya terpaksa berundur dan bersembunyi, Tuanku Arzel menemukan cahaya yang selama ini dicari. Sinar cahaya yang bukan hanya menenangkan jiwa, tetapi mampu membebaskan seluruh tanah airnya daripada kegelapan.
Azara pula, semakin terikat dengan dilema hati—antara dendam, cinta dan kepercayaan yang sedang mekar. Apakah hubungan antara Azara dan Tuanku Arzel sekadar harapan palsu, atau takdir sudah tertulis untuk menyatukan mereka di jalan kebenaran?
“Aku nak kau jujur dengan aku! Kau tipu aku ke selama ini?”—Azara
“Aku cintakan kau selama ini, Azara … dan disebabkan itu juga, aku selamatkan kau.” —Tuanku Arzel
Takhta itu, barangkali milik manusia, tetapi takdir itu sentiasa milik-Nya.