Pena dan Raket - Nurrsyraa
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Blurb:
“Awak patut consider jadi atlet, cik reporter.”—Khalif Idrus
“Kenapa? Dah hidu bau-bau kekalahan ke?”—Laila Husna
Khalif Idrus pemain badminton elit yang sukar didekati. Temu bual? Hampir mustahil. Laila Husna, wartawan sukan yang gigih, mahu mendapatkan temu bual eksklusif.
Setelah semua cara profesional gagal, satu pertaruhan tercetus; jika Laila menang perlawanan badminton menentang Khalif, dia berhak mendapatkan temu bual itu. Masalahnya, Khalif atlet negara dan Laila cuma wartawan degil. Kejutan berlaku apabila Khalif tersilap ketika pukulan terakhir—Laila menang. Game set! Janji perlu ditunaikan.
Daripada sindiran pedas, gelak kecil, hingga temu bual yang membuka ruang kepada perasaan, hubungan mereka berubah secara tidak dijangka. Tetapi fitnah, tekanan kerja dan salah faham mula mengancam. Laila terpaksa menghilang daripada dunia kewartawanan, manakala Khalif berjuang untuk dirinya sambil berniat membersihkan nama Laila. Mampukah pena dan raket disatukan semula?
Untuk versi Sprayed Edge kami masih di dalam fasa percubaan, jadi mungkin ada beberapa kekurangan pada buku. Buy at your own risk!